Sabtu yg lepas (03.12.2011), i buat satu Majlis berkhatan buat Iqbal Hanif yg umurnye 8 tahun. Memang dah lama plan nak buat dr tahun lepas lg tp ada beberape aktiviti yg tak dpt nak di elakkan. Doa selamat diadakan dalam pukul 11 pg bersama geng2 family je.
Majlis bermula dr kul 12.30tghr - 4.30ptg. Cuaca hari tue alhamdulillah cerah ... kalau dibandingkan pd hari jumaat tu, hujan tak henti2 dr tghr hingga la ke tgh malam. Menu ari tue Nasi putih, ayam masak merah (Sharom jiran i yg masak), kari kambing, daging masak hitam, kubis goreng, jelatah nenas dan juga ulam2 bersama sambal belacan. Pencuci mulut plak tak byk la, cume agar2 koktail, agar2 milo & buah honey dew.
Hari tu la pertama kalinye masak kari kambing, syukur la my aunty masak huuuuuu memang kelassssssss.
Jemputan pertama yg hadir di majlis i tu iaitu YB Dr Siti Mariah Binti Muhamad (Ahli Parlimen Kota Raja). YB nie sampai awal dlm kul 12thgr, masa tu makanan br nak arrange susun tp alhamdulillah makanan cepat ready. Iqbal sibuk dgn main PS2 dalam bilik die sbb boring baring je, tibe2 YB terjah masuk nak melawat iqbal, dah la dapur bersepah tp ok la nama pun kenduri.
Ramai gak la jemputan yg datang, sampai tak larat i nak layan dr satu meja ke meja yg lain. Kawan2 Sumatec & ex-Sumatec jugak dtg ramai gak antaranye Maimon, Fiza, Mei Ling, Fara, Faridah dan lain lg. Walaupun dtg lambat tp diorg sudi dtg gak....terima kasih sudi dtg ke majlis i. Tak lupe juga pd ipar2 ku & biras2 yg tercinta yg sudi dtg ke majlis nie.
Orang kuat biasa la Pak Ngah & family, aunty mama Asmah, Siti Najwa & family & Cik Patty yg bertungkus lumus mengorganisekan majlis nie. Terima kasih tak terhingga diucapkan dr kami sekeluarga dari majlis bermula hingga la berakhirnye majlis tu.
Tp yg kene buli Hamka (tunang adik mama vogue) kene cuci periuk yg hitam tue sampai putih berkilat. Ye la kan nak tekle mak & pak mertua hehehehehehehhehe. Lain kali akak buat majlis book Hamka awal ek, senang sikit keje akak.
Akhir sekali teria kasih la pada jemputan2 yg dpt hadir ke majlis yg tak seberape tu....... lain kali i buat majlis lg ... dtg lg ye.....Okiesssssssss